Kisahnya_Dari Luqman Al-Hakim

Guruku bercerita ” suatu ketika Lukman Al-Hakim mengembara bersama anaknya. Ceritanya mereka menungang di atas seekor kaldai. Sesampai di sebuah kampung, orang ramai memandang ke arah mereka dengan memberi banyak komen. Antaranya ada yang berkata “Apalah zalimnya manusia ini. Orangnya dua orang, keldainya seekor. Tak berhati perut betul.”

Mereka pun meneruskan perjalanan dengan ayah menungang sementara anak berjalan beriring dengan kaldai. Sampai pula di kampung lain mereka lalu di hadapan orang ramai. Maka kedengaran komen mereka “Apalah punya ayah, biarkan anak penat berjalan. Dia sedap-sedap aja di atas kaldai”

Mereka pun meneruska perjalanan dengan anak menunggang sementara ayah berjalan beriring dengan keldai. Sampai pula di kampung lain mereka lalu di hadapan orang ramai. Maka kedengaran komentar mereka “Apalah punya anak, biarkan ayah penat berjalan. Dia sedap-sedap aja di atas keldai”

Mereka pun meneruskan perjalanan dengan tidak menungang keldai itu. Maka kedengaran komentar mereka “Apalah punya bodoh orang itu, ada kenderaan tak digunakan”.

Mereka pun beredar dengan mengikat kaki keldai itu dan memikul dengan sebatang kayu. Dari jauh lagi orang sebuah kampung itu bersorak “Lihat semua itu orang gila, ha! ha! ha!.

Jadi Lukman Al-Hakim pun berpesan kepada anaknya. “Wahai anakku, hendaklah kita mempunyai ilmu yang cukup dan mempunyai pendirian yang teguh dengan tidak terpengaruh dengan pendapat orang lain. Jika tidak kamu akan menjadi orang yang kecewa dan rugi.”

Hayatilah pengajaran daripada kisah ini dengan mendalam wahai anakku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: