Munculnya di akhir zaman!

siri 03. DAJJAL ADALAH IDENTIK (SAMA) DENGAN YA’JUJ WA–MA’JUJ


Segera setelah Al-Qur’an menerangkan pertempuran satu sama lain antara Ya’juj wa-Ma’juj, ayat 102 menerangkan persoalan Dajjal. “Apakah orang-orang kafir mengira bahawa mereka dapat mengambil hamba-hamba-Ku sebagai pelindung di luar Aku?” (18:102). Ini menunjukkan bahawa Al-Qur’an mempersamakan Dajjal dengan Ya’juj wa-Ma’juj.

dajjal.jpg

Mereka diberi nama yang berlainan kerana mempunyai dua fungsi yang berlainan.

Adapun mengenai identiti Ya’juj wa-Ma’juj para mufassir tak sama pendapatnya. Ibnu Katsir berkata, bahawa Ya’juj wa-Ma’juj adalah keturunan Adam, dan pendapat ini dikuatkan oleh Hadits Bukhari dan Muslim. Menurut kitab Ruhul-Ma’ani, Ya’juj wa-Ma’juj adalah dua kabilah keturunan Yafits bin Nuh, yang bangsa Turki adalah sebahagian dari mereka; mereka disebut Turki, kerana mereka “turiku” (ditinggalkan) di sebelah sananya tembok. Selain itu, menurut uraian Al-Qur’an, terang sekali bahawa mereka adalah sebangsa manusia, yang untuk menghalang-halangi serbuan mereka, terpaksa dibangun sebuah tembok.

Adapun yang kedua, Ya’juj wa-Ma’juj diuraikan dalam Al-Qur’an sbb : “Sampai tatkala Ya’juj wa-Ma’juj dilepas, mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi” (20:96). Ternyata bahawa yang dimaksud dengan kalimat “mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi” ialah bahawa mereka akan menguasai seluruh dunia. Menilik cara Al-Qur’an menerangkan Ya’juj wa-Ma’juj dalam dua tempat tersebut, terang sekali bahawa akan tiba saatnya Ya’juj wa-Ma’juj mengalahkan sekalian bangsa di dunia. Dan terang pula bahawa pada waktu Al-Qur’an diturunkan, Ya’juj wa–Ma’juj sudah ada, tetapi gerak-geri mereka masih tetap terkekang sampai saat tertentu, yang sesudah itu, mereka akan terlepas untuk menguasai seluruh dunia.

 

Satu Respons

  1. Cobalah pelajari gambar Dajjal dengan mengklik link berikut ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: