Yakjuj wa Makjuj-Makhluk misteri ciptaan Allah dan perosak di akhir zaman

Siri 02

Bab 02. DAJJAL DAN YA’JUJ WA-MA’JUJ MENURUT AL-QUR’AN


Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi menurut Hadits ini, Al-Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam Kitab Hadits yang amat sahih sebagai berikut:

“Barang siapa hafal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal.”

“Barang siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal.”

Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh surat Al-Kahfi yang melukiskan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang lain bersifat keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah ummat Nasrani.

Mula-mula dihuraikan aspek keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada ummat Nasrani (ayat 4), iaitu ummat yang berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki. Demikianlah bunyinya:

“Segala puji kepunyaan Allah Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya …, … agar ia memberi peringatan tentang siksaan yang dahsyat dari Dia… dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki.” (18:1-4).

Terang sekali bahawa yang dituju oleh ayat tersebut ialah ummat Nasrani, yang ajaran pokok agamanya ialah Tuhan mempunyai anak laki-laki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi dihuraikan seterang–terangnya, bahawa ummat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :

“Apakah orang-orang kafir mengira bahawa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang.” (18: 102-104).

Ini adalah gambaran tentang bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang adalah keahlian dan kebanggaan ummat Nasrani, dan ciri-khas inilah yang dituju oleh ayat tersebut. Mereka berlomba-lomba membuat barang-barang, dan mereka begitu sibuk dalam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Membuat barang–barang, sekali lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristian tentang Putera Allah, dan tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristian di lapangan kebendaan, dan inilah yang dimaksud dengan fitnahnya Dajjal.

Ya’juj wa-Ma’juj dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. Yang pertama dihuraikan dalam surah al-Kahfi, sehubungan dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhirnya surah al-Kahfi, dihuraikan tentang perjalanan Raja Dzul-Qarnain* ke berbagai jurusan untuk memperkuat tapal-batas kerajaannya.

Ternyata bahawa menurut sejarah, raja ini ialah raja Parsi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surah tersebut, bahawa perjalanan beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam. “Sampai tatkala ia mencapai hujung yang paling Barat, ia menjumpai matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur hitam.” (18:86). Ternyata bahawa yang dimaksud sumber yang berlumpur hitam ialah Laut Hitam.

 

Selanjutnya dihuraikan dalam surah tersebut, kisah perjalanan beliau ke Timur “Sampai tatkala ia mencapai tempat terbitnya matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum yang tak Kami beri perlindungan dari (matahari) itu” (18:90). Selanjutnya dihuraikan tentang perjalanan beliau ke Utara. “Sampai tatkala ia mencapai (suatu tempat) di antara dua bukit” (18:93).

Yang dimaksud dua bukit ialah pergunungan Armenia dan Azerbaijan. Dalam perjalanan ke Utara ini, raja Dzul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum yang berlainan bahasanya, ertinya, mereka tak mengerti bahasa Parsi. Kaum ini mengajukan permohonan kepada raja Dzul-Qarnain sbb: “Wahai Dzul-Qarnain! Sesungguhnya Ya’juj wa-Ma’juj itu membuat kerosakan di bumi. Bolehkah kami membayar ufti kepada engkau, dengan syarat sukalah engkau membangun sebuah rintangan antara kami dan mereka” (18:94).

Selanjutnya Al-Qur’an menerangkan, bahawa raja Dzul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan sehubungan dengan itu, Al-Qur’an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan untuk membangun pintu gerbang:

“Berilah aku tompokan besi, sampai tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata: ‘Bawalah ke mari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya’ (18:96). Dalam ayat 97 diterangkan, bahawa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya’juj wa-Ma’juj) tak dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melubangi itu. Dalam ayat 98, raja Dzul-Qarnain menerangkan, bahawa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya akan berfaedah sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan runtuh. Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. “Dan pada hari itu, Kami akan membiarkan sebahagian mereka (Ya’juj wa-Ma’juj) bertempur melawan sebahagian yang lain” (18:99).

*[Kata Dzul-Qarnain makna aslinya "mempunyai dua tanduk", tetapi dapat bererti pula "orang yang memerintah dua generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan. Makna terakhir ini diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian lama, Kitab Nabi Daniel, terdapat huraian tentang impian nabi Daniel, di mana ia melihat seekor domba bertanduk dua. Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan kata-kata sebagai berikut: "Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, iaitu raja Media dan Parsi, (Daniel 8:20). Di antara raja Media dan Parsi, yang paling sesuai dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum Kristus).

Jewish Encyclopaedia menerangkan sbb : "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan hanyalah dimaksud untuk membulatkan tapal-batas kerajaannya, iaitu di Armenia, Kaukasus, India, sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah". Pendapat ini dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica sbb: "Tulisan yang diukir dalam batu menerangkan bahawa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang setia. Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau lakukan, hanyalah untuk memperolehi tapal-batas alam yang kuat bagi kerajaannya, demikian pula untuk menaklukkan suku bangsa biadab di daerah perbatasan. Jadi, raja Darius menaklukkan bangsa biadab di pegunungan Pontic dan Atmenia,dan meluaskan kerajaan Parsia sampai Kaukasus"].

**[Rintangan atau tembok yang dihuraikan di sini ialah tembok yang termasyhur di Derbent (atau Darband) yang terletak di pantai Laut Caspean. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab ilmu-bumi yang termasyur, terdapat uraian tentang hal itu. Demikian pula dalam kitabnya lbnu at-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu sbb :.Derbent atau Darband adalah sebuah kota kerajaan Parsi di Kaukasus, termasuk propinsi Daghistan, di pantai Barat laut Caspean… Di ujung sebelah Selatan, terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 mil, yang disebut Tembok Alexander…Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki, dan tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang dibuat dari besi, dan berpuluh-puluh menara-pengintai, merupakan pertahanan tapal-batas kerajaan Parsi yang kuat].Nantikan siri 03-DAJJAL ADALAH IDENTIK (SAMA) DENGAN YA’JUJ WA–MA’JUJ

sumber: Karya Maulana Mohammad Ali

P enterjemah: H.M Bachrun

 

 


2 Respons

  1. Alhamdullillah.
    Mudah-mudahan anda memiliki sumber yang tepat. Tulisan anda ini mempunyai rincian penjelasan yang sejalan dengan fikiran dan telah menambah keyakinan saya tentang Dajjal, serta Ya’juj Wa Ma’juj.
    Jikalau anda memahami dengan persis mengenai apa yang anda tulis, sekiranya anda dapat memberikan komentar yang benar mengenai keberadaan Dajjal yang telah saya yakini di :

    http://iwansyamsumin.wordpress.com/

    Terima kasih atas tulisannya yang mengandung hikmah yang tinggi.
    Wassalam.

  2. Tentang Ya’juj wa Ma’juj di dalam tulisan anda tertulis :
    “………………….“Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, iaitu raja Media dan Parsi, (Daniel 8:20). Di antara raja Media dan Parsi, yang paling sesuai dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum Kristus)…………………”
    >>>
    Di antara raja Media dan Parsi.
    Media dan Parsi
    Media dan Pers.
    Media Pers.
    <<<
    Apakah ini satu kebetulan ???

    Mudah-mudahan ada hikmah lagi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: